Soalan Lazim:

Q. Bagaimanakah pemohon ingin mendaftar perniagaan francais di dalam sistem MyFEX 2.0?

Pemohon boleh merujuk kepada Manual Pengguna di menu muat turun di sistem MyFEX 2.0

Q. Berapa lama tempoh diambil bagi permohonan pendaftaran francais?

Tempoh bagi mendapatkan kelulusan pendaftaran francais adalah satu (1) ke tiga (3) bulan setelah dokumen lengkap diterima.

Q. Bagaimana cara untuk pemohon ingin mendapatkan maklum balas kuiri?

Pemohon akan menerima notifikasi melalui emel. Jika pemohon mempunyai sebarang pertanyaan, pemohon boleh terus menghubungi dan mengirim emel kepada pegawai proses (person in charge) atau menghubungi Bahagian Pembangunan Francais di talian 03-8882 6562 atau melalui emel francais@kpdnhep.gov.my .

Q. Bilakah pemohon boleh membuat permohonan pembaharuan francais?

Pemohon boleh membuat pemohonan pembaharuan francais dalam tempoh enam (6) bulan sebelum tarikh tamat kelulusan pendaftaran francais terdahulu dan tidak lewat daripada tiga puluh (30) hari selepas itu.

Q. Adakah syarikat asing perlu membuka akaun perbankan di Malaysia?

Syarikat asing tidak perlu membuka akuan perbankan di Malaysia.

Q. Adakah syarikat dikenakan fi proses/fi kelulusan bagi pendaftaran semula di system MyFEX 2.0 (kemaskini maklumat daripada sistem MyFex terdahulu)?

Syarikat tidak perlu membuat sebarang bayaran bagi pendaftaran semula kali pertama di sistem MyFEX 2.0

Q. Bagaimana jika syarikat (Francaisi) tiada SSM bagi negeri Sabah dan Sarawak?

Jika syarikat tiada SSM, Syarikat perlu muatnaik sijil/surat kelulusan PBT

Q. Bolehkah syarikat membuat bayaran secara tunai?

Tidak. Pembayaran hanya di buat secara dalam talian di dalam MyFEX 2.0